Kamis, 13 Oktober 2016

papan cerita storyboard

PAPAN CERITA (Storyboard)

DEFINISI
Satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. (Rozinah, 2005)
Susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang di persembahkan bagi tujuan pra-tanyangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.
Merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. (B.C Goh, 2009 )
Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat seperti berikut :
  • Suatu lakaran atau lukisan di atas Skrin, halaman atau bingkai.
  • Warna, penempatan, dan saiz grafik.
  • Teks sebenar di atas skrin, halaman dan bingkai.
  • Narasi ( Narration )
  • Animasi
  • Video
  • Bunyi
Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu
  • Papan cerita Produksi
  • Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
  • Papan Cerita TV
  • Papan cerita Animatik
  • Papan cerita digital
Rujukan
Rozinah.J. (2005) Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
Utusan Publication Goh, B.C (2009) Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, Selangor Penerbitan Multimedia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar